zainina zulkifli​​
  • BIODATA DIRI
  • GE6543
  • PERKONGSIAN PDPC
  • AKTIVITI SEKOLAH
    • KANGAROO MATH 2017
    • HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
    • ENGLISH CARNIVAL 2017
    • PSS SK NANGA TEMALAT >
      • PENGAWAS PUSAT SUMBER SKNT 2017
  • TEKS PENGACARA MAJIS
  • e-Pembelajaran
  • BANK SOALAN
  • JURNAL
  • HUBUNGI SAYA
  • UKM
    • DR FARIZA
    • ATHIRAH MD DESA
    • SAFFUAN JAFFAR
    • RICHARD LEOPOLD
    • YC GOH
    • GILLIAN CHANG
  • SK NANGA TEMALAT, SONG, SARAWAK
  • LAGU

. Highly Immersive Programme .

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

6/14/2017

0 Comments

 
1. Apakah Program Imersif Tinggi (HIP)?
Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah. Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.


2. Adakah HIP suatu program baharu?
Tidak, ianya bukan sebuah program baharu, malah ia merupakan pengukuhan terhadap pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1999 untuk  melaksanakan aktiviti-aktiviti penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.
Apa yang berbeza adalah pelaksanaan HIP. Pendekatan yang digunakan adalah untuk memberi kuasa kepada sekolah, dilaksanakan oleh sekolah dan untuk sekolah. Sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan sarana sebagai panduan untuk melaksanakan perancangan aktiviti yang lebih komprehensif, berdasarkan latar belakang dan keupayaan mereka. Sarana ini akan mengandungi contoh-contoh amalan terbaik dari sekolah-sekolah yang telah melaksanakan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.
Tambahan pula, satu mekanisme sokongan akan dibina bagi menggalakkan sekolah-sekolah untuk berkongsi, belajar dan memberi galakkan antara satu sama lain dalam melaksanaan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris.

3. Mengapa kita perlukan HIP?
​
Walaupun Pekeliling pada tahun 1999 telah menyatakan bahawa sekolah-sekolah dikehendaki melaksanakan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris, Kementerian mengakui bahawa kejayaan pelaksanaannya adalah berbeza-beza di antara sekolah-sekolah di negara ini. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kefahaman dan pengetahuan pengoperasian yang pelbagai.
Oleh itu, HIP diperkenalkan untuk menyediakan satu mekanisme sokongan seperti pembelajaran di antara rakan setugas, sokongan oleh jurulatih, pegawai pendidikan daerah dan negeri, sarana yang mempertimbangkan pelbagai peringkat kesediaan dan tahap penglibatan ibu bapa dan masyarakat.

4. Apakah jenis aktiviti-aktiviti yang boleh sekolah laksanakan?
Sarana HIP mengandungi menu pilihan aktiviti-aktiviti sekolah yang boleh digunakan mengikut tahap  kesediaan mereka. Aktiviti-aktiviti dikategorikan kepada Dalam Kelas, Luar Kelas dan Kelas Tambahan. Sekolah-sekolah boleh memilih daripada senarai aktiviti-aktiviti pilihan, dan bebas untuk melaksanakan satu atau lebih aktiviti.
Aktiviti-aktiviti ini adalah contoh yang diperoleh daripada sekolah-sekolah di seluruh negara, sekolah bandar dan juga luar bandar.   Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian adalah bercerita, satu perkataan sehari, nyanyian dengan pergerakan serta pembentangan dalam perhimpunan mingguan dan menggunakan bahasa Inggeris semasa Hari Guru atau pelbagai majlis di sekolah.  
Sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka tersendiri yang kreatif dan tidak terdapat dalam sarana tersebut. Jika aktiviti-aktiviti tersebut terbukti berkesan, mereka boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam sarana pada masa hadapan sebagai amalan terbaik

5. Bagaimanakah HIP akan dilaksanakan? 
Pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi kuasa kepada sekolah, dilaksanakan oleh sekolah dan ianya untuk sekolah. Sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan sarana agar mereka mempunyai panduan untuk merancang aktiviti dengan lebih berkesan, berdasarkan latar belakang dan keupayaan mereka. Sarana ini mengandungi contoh-contoh amalan terbaik daripada sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti pengayaan bahasa Inggeris dalam dan di luar kelas.
Sebuah mekanisme sokongan akan dibina di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan sekolah-sekolah untuk berkongsi, belajar dan menyokong satu sama lain untuk melaksanaan aktiviti-aktiviti ini.
HIP adalah berdasarkan kepada pendekatan penglibatan seluruh sekolah, di mana ia melibatkan pemimpin sekolah, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat. Sokongan dan penglibatan ibu bapa dan masyarakat amat digalakkan untuk memastikan kemapanan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.

0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Cikgu Nina.

    Archives

    June 2017

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • BIODATA DIRI
  • GE6543
  • PERKONGSIAN PDPC
  • AKTIVITI SEKOLAH
    • KANGAROO MATH 2017
    • HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)
    • ENGLISH CARNIVAL 2017
    • PSS SK NANGA TEMALAT >
      • PENGAWAS PUSAT SUMBER SKNT 2017
  • TEKS PENGACARA MAJIS
  • e-Pembelajaran
  • BANK SOALAN
  • JURNAL
  • HUBUNGI SAYA
  • UKM
    • DR FARIZA
    • ATHIRAH MD DESA
    • SAFFUAN JAFFAR
    • RICHARD LEOPOLD
    • YC GOH
    • GILLIAN CHANG
  • SK NANGA TEMALAT, SONG, SARAWAK
  • LAGU