The results are here!Dalam entry yang sebelumnya, I've mentioned about my students entering Kangaroo Maths Competition 2017 a.k.a KMC 2017. This is a great programme to make Maths more interesting and fun. It was a meaningful experience for me. I'm sure my students felt the same as well. Akhirnyaaaa, keputusan Kangaroo Maths Competition dah keluar oleh pihak penganjur. Click here for KMC2017 Result. Wondering how to participate in KMC? Watch this video to know how :) Unfortunately my kids were not listed as the winners. It's okay kids! There's still next time. Dengan usaha dan tawakal, kita akan berjaya! Woha!
1 Comment
Pernah dengar 'Kangaroo Maths Competition' a.k.a KMC? Tak pernah? Saya pun baru first time dengar dan tahu wujudnya pertandingan ni masa awal tahun ni. Sangat-sangat bermanfaat kepada anak-anak didik kita. Nak tahu apa itu KMC? Sekretariat Kangaroo Malaysia menganjurkan pertandingan ini di negara kita sejak tahun 2013 selepas setahun dipilih menjadi ahli Association Kangourou sans Frontieres (AKSF) atau Pertubuhan Kangaroo Tanpa Sempadan - penganjur KMC peringkat dunia yang berpusat di Paris, Perancis. Soalan objektif disediakan dalam empat bahasa utama di negara kita, iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil sebagai satu pendekatan pendemokrasian pendidikan kepada segenap lapisan pelajar daripada pelbagai aliran persekolahan di seluruh Malaysia. *This is the only thing that I am not fond of. MULTI-LANGUAGE QUESTIONS. Saya rasa multi-language questions akan membuatkan murid-murid keliru dan pening. Mungkin ada pelajar yang rasa soalan pelbagai bahasa ni membantu, tapi rasanya hanya segelintir saja. Majoriti pelajar yang lain tu, akan jadi pening ja! Don't get me wrong. Saya pun adalah anak keluaran PPSMI. I am not against learning Maths in other language. It's just that the way that the questions should be written be the way that it was like I was in school. Yakni, Malay on one side of the paper and English on the other. So, it won't be confusing for the kids. Tapi berbeza dengan sekarang, semuanya bercampoq saja. My opinion IS supported by a research that was done by S. Kanageswari d/o Suppiah Shanmugam and Ong Saw Lan, Ujian Dwibahasa untuk Menilai Pencapaian Matematik Pelajar yang Terhad Penggunaan Bahasa Inggeris. Nak tahu dapatan kajian ni, nanti awak-awak baca lah ya. Pertandingan yang dijalankan dalam satu pusingan tanpa saringan ini mengenakan yuran penyertaan RM31.80 seorang termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ada GST?! Warganegara kan? Apa boleh buat. Kena la bayaq. Haha. Kertas soalan berbentuk objektif akan diedarkan terus kepada sekolah yang berdaftar atau pusat pertandingan terpilih. Soalan yang digubal oleh AKSF ini yang menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang akan dijawab oleh para peserta serentak di seluruh dunia. Soalan-soalan ini memang menguji kemahiran berfikir khususnya dalam aplikasi. Pendaftaran untuk pertandingan ini dibuat mengikut sekolah justeru, pelajar yang berminat untuk menyertai KMC perlu berhubung dengan guru-guru matematik di sekolah masing-masing. Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman rasmi Sekretariat Kangaroo Malaysia atau hubungi talian 03-41317672 atau e-mel kepada [email protected]. Soooo~ Pada 16 Mac 2017, Panitia Matematik SK Nanga Temalat telah mengadakan Pertandingan Kangaroo Maths (Kangaroo Maths Competition) : KMC 2017. We had a lot of fun! Soalan-soalan diterima di Pejabat Pos Song, Sarawak. So, thumbs up to the KMC's organisers for sending us the questions and the cute bookmarks. I did it for my kids in Temalat, in hoping that they can see how universal Maths can be. So, jangan tunggu lagi. Register your students for the next KMC! Woha! RUJUKAN : (1) http://www.utusan.com.my/pendidikan/kangaroo-math-competition-pertandingan-matematik-terbesar-dunia-serentak-24-mac-1.192993#ixzz4jhcFE0bu (2) http://www.kangaroomath.com.my/ |
MukhadimahZainina binti Zulkifli. ArchivesCategories |